Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 9

Thursday, 24 November 2011

Teknologi dapat membantu dalam pengajaran P&P

Perkembangan teknologi multimedia amat mempengaruhi strategi pengajaran guru-guru di Malaysia pada masa kini. Dengan penggunaan ICT,strategi pengajaran dapat diperbanyakkan. Sesetengah sekolah di Malaysia pada masa kini telah memasangkan peralatan dalam bilik darjah untuk menjalankan aktiviti pengajaran. Dengan peruntukan yang secukupnya, sesetengah sekolah telah menjalankan aktiviti P&P dengan ICT sepenuhnya. Contohnya, di SJKC Damansara.

5 elemen utama multimedia yang sering digunakan dalam penghasilan produk perisian multimedia interaktif adalah teks , grafik,animasi,audio dan video. Kelima-lima elemen yang berkaitan dapat diperbanyakkan dengan penggunaan bantuan multimedia. Strategi pengajaran akan diperkayakan dan menjadi lebih menarik. Contohnya, menjalankan persembahan slide show dengan Microsoft Power Point.


Strategi pengajaran guru juga menjadi lebih luas dengan sidang video, ruang sembah dan internet telephony yang menarik. Ia dinamakan sebagai komunikasi serentak.Contohnya,SJK(C) Kuen Cheng di KL selalu mengadakan pergaulan dengan anak murid di negara China melalui sidang video. Ia telah memperluaskan peluang belajar para murid. Ia dapat memupuk keinginan belajar murid secara tidak langsung.
Seterusnya, penggunaan emel, forum dan blog juga merupakan strategi yang dapat melatih murid-murid menguasai teknologi semasa. Ketiga-tiga cara komunikasi secara tidak serentak tersebut merupakan strategi pengajaran yang dapat memupuk nilai berdikari di kalangan murid.

Penggunaan multimedia yang pelbagai dapat memperkayakan strategi pengajaran guru pada masa kini. Jika guru dapat menjalankan aktiviti sebegini dengan sedaya upaya, matlamat pendidikan yang ditetapkan tentu akan mendatangkan faedah.

Tugasan KRT3013- Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%) - Forum MyGuru 
 Tarikh akhir: 03 Oktober 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 10% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:
SKALA MARKAH
KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM
10 %
Penglibatan forum amat memuaskan. Kupasan yang diberikan hebat dan membanggakan.
9 – 7 %
Penglibatan forum baik. Kupasan yang diberikan memuaskan.
6 – 4 %
Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas dan hanya sekadar dua atau tiga ayat sahaja.
3 – 1 %
Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas seperti ‘setuju’, ‘ya, saya sokong’.
0 %
Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung.
Tugasan 1B: Esei (20%) – Penghantaran melalui GMail
Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis.




Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:
  1. Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.
  2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1).
 Panduan:
Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..

Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) – Blogger (link blog diletakkan di MyGuru 
Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:
KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30
* Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.