Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 9

Thursday, 24 November 2011

Teknologi dapat membantu dalam pengajaran P&P

Perkembangan teknologi multimedia amat mempengaruhi strategi pengajaran guru-guru di Malaysia pada masa kini. Dengan penggunaan ICT,strategi pengajaran dapat diperbanyakkan. Sesetengah sekolah di Malaysia pada masa kini telah memasangkan peralatan dalam bilik darjah untuk menjalankan aktiviti pengajaran. Dengan peruntukan yang secukupnya, sesetengah sekolah telah menjalankan aktiviti P&P dengan ICT sepenuhnya. Contohnya, di SJKC Damansara.

5 elemen utama multimedia yang sering digunakan dalam penghasilan produk perisian multimedia interaktif adalah teks , grafik,animasi,audio dan video. Kelima-lima elemen yang berkaitan dapat diperbanyakkan dengan penggunaan bantuan multimedia. Strategi pengajaran akan diperkayakan dan menjadi lebih menarik. Contohnya, menjalankan persembahan slide show dengan Microsoft Power Point.


Strategi pengajaran guru juga menjadi lebih luas dengan sidang video, ruang sembah dan internet telephony yang menarik. Ia dinamakan sebagai komunikasi serentak.Contohnya,SJK(C) Kuen Cheng di KL selalu mengadakan pergaulan dengan anak murid di negara China melalui sidang video. Ia telah memperluaskan peluang belajar para murid. Ia dapat memupuk keinginan belajar murid secara tidak langsung.
Seterusnya, penggunaan emel, forum dan blog juga merupakan strategi yang dapat melatih murid-murid menguasai teknologi semasa. Ketiga-tiga cara komunikasi secara tidak serentak tersebut merupakan strategi pengajaran yang dapat memupuk nilai berdikari di kalangan murid.

Penggunaan multimedia yang pelbagai dapat memperkayakan strategi pengajaran guru pada masa kini. Jika guru dapat menjalankan aktiviti sebegini dengan sedaya upaya, matlamat pendidikan yang ditetapkan tentu akan mendatangkan faedah.

No comments:

Post a Comment